Tuesday, 13 August 2013
rasa ini
hilang. kosong.
rasa yg sering m'dtg. tanpa aku undang. tanpa aku suruh. aku rindu dia. rindu.
cuma kata rindu yg aku ungkap. cuma satu kata itu yg mampu aku lafazkan.
dia yg jauh. jauh dari jasad aku. jauh dari pandangan mata. beban rindu ni mmg susah aku pikul. berat. sangat berat. rindu seorang anak. gadis kecil ini merindui dakapan ibunya.
aku bukan mahu melawan takdir. bukan juga mahu menimbulkan persoalan qada' dan qadar. ya, aku sedar ajal maut terletak di bwh kekuasaan yg Maha Esa. cuma aku dahagakan kasih syg ibu. belaian nya yg slalu membuai aku.
masa yg singkat membuatkan aku rasa bersalah. seandai saja aku tahu masa bersama hanya seketika. akan aku jadikan mama sebagai ibu yg paling bahagia. andai sahaja. sekarang, itu cuma mimpi. mimpi yg x akan pernah jadi kenyataan.
walaupun jauh dari pandangan. di alam yg berbeza, aku tahu mama slalu ada utk aku. dia ada dlm diri aku. dlm hati aku. yg aku perlu buat hanya doa. sujud kpd Maha Pencipta. aku serahkan semua kpdNya. agar roh mama sentiasa aman dan tenang juga dicucuri rahmat. AMIN.
~al-Fatihah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment